Dust Mite Vacuum Review

5:38 PM


Selalu tak bangun pagi tiba-tiba muka breakout? naik jerawat, badan gatal-gatal la apa la. Mungkin, disebabkan tilam yang kita baring tu kotor, walaupun cadar basuh selalu tapi habuk memang takkan nampak dengan mata kasar kan. So, aku pun try la beli dust mite vacuum ni. Beli kat Shopee je harga RM179. Alhamdulillah barang yang sampai semua ok, produk berfungsi dengan baik.

Masa aku try vacuum ni cadar aku dah cuci dah couple days ago. Cadar aku semua berwarna putih sebab kulit sensitif so putih bila kotor, akan senang nampak la kan based on dia punya warna. Lepas aku dah vacuum, korang boleh tengok image di atas ini masih ada habuk, banyak pulak tu padahal tak rasa macam tilam dan bantal aku ni kotor. Part nak cuci pulak senang je, filter dia ni boleh basuh pastu keringkan. Aku akan gunakan hampir setiap hari nak tidur, yelah kulit aku ni eczema.

Aku recommend kat korang vacuum ni, pada yang berkemampuan untuk beli, silakan. Kat Shopee ada yang lebih murah aku tengok cuma korang kena pandai cari je, try baca review semua. Aku beli RM179. Aku tengok ada yang RM149. Puas hati pakai vacuum ni, sebab kulit aku sensitif sangat, memang kena ada satu dekat rumah.

You Might Also Like

0 comments